JAWAPAN BALAS KE ATAS KENYATAAN TERKINI JUHAR MAHIRUDDIN YANG DI PERTUA NEGERI...

JAWAPAN BALAS KE ATAS KENYATAAN TERKINI JUHAR MAHIRUDDIN YANG DI PERTUA NEGERI SABAH

0
SHARE

JAWAPAN BALAS KE ATAS KENYATAAN TERKINI JUHAR MAHIRUDDIN YANG DI PERTUA NEGERI SABAH

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mengecam kenyataan terkini daripada Juhar Mahiruddin kononnya tidak pernah menerima 33 Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam masa yang sama turut menjadi tanda tanya kenapa Juhar menandatangani pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat Sabah.

Juhar Mahiruddin dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Sulitnya hari ini berkata, Juhar TIDAK PERNAH menerima 33 Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Foto seramai 33 ADUN menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, yang peliknya Juhar menafikan tidak ada menerima SD tersebut…

Dalam pada itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden STAR sebelum ini pula telah mengesahkan SD tersebut telah dihantar ke Istana  Negeri Sabah melalui Peguam kepada Musa pada 30 Julai 2020, iaitu hari yang sama Shafie mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Kenyataan Datuk Dr Jeffrey sahkan SD telah dihantar melalui Peguam Musa pada 30 Julai ke Istana…(Sumber foto dipetik daripada Berita Harian Online)

Kenyataan terkini daripada Juhar ini adalah jelas satu cubaan untuk memutar belit fakta dan dilihat cukup jijik…

Oleh sebab itu satu laporan Polis akan dibuat ke atas Juhar agar tindakan undang-undang dapat diambil ke atas Juhar.

Persoalan penting yang kami ajukan sebelum ini adalah, atas alasan apa Juhar menandatangani surat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebelum bertemu terlebih dahulu dengan kesemua 65 wakil rakyat di Sabah.

Negeri-negeri lain sebagai contoh Melaka, Kedah, Johor dan Perak walaupun ada permohonan pembubaran dibuat oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar selepas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan keluar dari parti, tetapi Tuan Yang Terutama termasuk Sultan telah memanggil terlebih dahulu kesemua wakil rakyat untuk menghadap dan mendengar sendiri pengesahan daripada mulut wakil rakyat mengenai calon pilihan Ketua Menteri dan Menteri Besar pilihan mereka, dan bukannya terus membubarkan dewan, ini berlaku selepas wabak COVID-19 telah mengganas di seluruh Malaysia.

Sedarkah Juhar bahawa Wabak Covid-19 masih bergerak aktif di Sabah…?

Untuk membuat perbandingan, Singapura termasuk Negara lain turut mengadakan pilihanraya adalah jelas satu analisa yang dangkal, ini disebabkan keadaan muka bumi Sabah yang terlalu luas malahan kemudahan kesihatan yang amat kurang adalah salah satu faktor kenapa pilihan raya ketika ini tidak perlu diadakan.

Nyawa rakyat Sabah yang terlibat sebagai jentera barisan hadapan (frontliner) pilihan raya termasuklah kakitangan SPR dan penjawat awam yang terlibat mengendalikan pilihan raya juga akan terancam apabila mereka begerak aktif dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ratusan juta wang rakyat juga terpaksa digunakan oleh SPR untuk mengendalikan pilihan raya tersebut dan adalah lebih baik wang yang bakal dihabiskan bagi tujuan pilihan raya ini dapat disalurkan untuk kegunaan rakyat selepas terkesan dengan COVID-19.

Juhar juga mengesahkan tidak pernah menghalang 33 wakil rakyat untuk bertemu beliau di Istana Negeri, walhal satu Malaysia telah mengetahui rombongan Musa bersama 33 wakil rakyat telah dihalang oleh pihak Polis selepas mendapat arahan daripada Istana Negeri Sabah.

Rombongan 33 wakil rakyat dihalang ke Istana…(Sumber foto; Berita Harian Online)
Rombongan 33 wakil rakyat dihalang masuk ke Istana…(Sumber foto dipetik daripada Harian Metro Online)

Atas alasan apa Juhar membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tanpa bertemu dengan kesemua wakil rakyat ini…?

Juhar juga dilihat cuba mengelak kononnya beliau tidak memihak kepada Shafie sebaliknya peristiwa Mei 2020 telah membuktikan Juhar telah terlibat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk ‘melompat parti’.

Wajarkah seorang Tuan Yang Di Pertua melakukan perbuatan ini?

Adakah ini bukan penyalahgunaan kuasa apabila Tan Sri Musa Aman dipecat oleh Juhar kerana hilang kuasa majoriti pada Mei tahun lalu. Namun, tindakannya berbeza pula terhadap Ketua Menteri terkini, Datuk Seri Shafie Apdal.

Musa ketika itu terus diturunkan daripada jawatan apabila hilang majoriti. Namun, apabila perkara yang sama berlaku ke atas Ketua Menteri Sabah sekarang, Mohd. Shafie, di mana 33 wakil rakyat telah mengisytiharkan menyokong Musa, Juhar pula terus menerima cadangan Shafie untuk membubarkan DUN.

Adakah tindakan Juhar ini adalah adil?

Justeru, rakyat akan dapat menilai adakah tindakan yang kami lakukan untuk melaporkan Juhar kepada SPRM adalah satu tindakan yang tepat atau sebaiknya.

Yang benar,

DATUK ZULKARNAIN MAHDAR,
PENGERUSI,
GERAKAN KUASA RAKYAT MALAYSIA@G57