
SEOUL – YouTuber dan pempengaruh terkenal Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Jay Daud Kim mendedahkan beliau menunaikan ibadah umrah susulan gambarnya memakai pakaian ihram tular di laman media sosial, baru-baru ini.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua Daud menjejakkan kaki ke tanah suci itu berikutan beliau juga pernah menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada April tahun lepas.
Daud telah memuat naik foto dan ciapan dalam akaun Instgram beliau berkenaan ketibaannya di sana.
“Saya tiba lagi di Makkah. Tempat ini seperti kampung halaman saya, jadi ia begitu damai dan suci,” katanya.
Daud turut melontarkan beberapa soalan mengenai tujuannya hidup untuk beribadat kepada ALLAH SWT.
“Mengapa kita dilahirkan? Tujuan kita hidup dan ke mana hendak kita pergi?
“Kehidupan saya kacau bilau. Saya fikir saya adalah insan tidak bernasib baik sehingga tersesat jalan.
“Namun, saya akan sentiasa mencari jawapannya dan lagi pun saya bukan bersendirian dan seseorang di sisi yang cuma membimbing ke jalan benar,” katanya menerusi hantaran itu.
Dalam hantaran terbabit, Daud mengakui bahawa Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.
“Kepercayaan saya tidak pernah berubah dan tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah utusan-Nya.
“Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa saya dan membimbing saya ke jalan yang benar,” katanya.
Kisah Daud memeluk Islam pernah menjadi gempar pada tahun 2020 sejurus insiden 9/11 di mana masyarakat dunia menggangap Islam sebagai pengganas.
Malah, isteri Daud, Mia turut melafazkan syahadah selepas itu.