KEDUDUKAN HAJIJI SEBAGAI PENGERUSI GRS DIKEKALKAN

KEDUDUKAN HAJIJI SEBAGAI PENGERUSI GRS DIKEKALKAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengesahkan kedudukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai pengerusi dalam gabungan tersebut adalah dikekalkan.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Naib Presiden BERSATU dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, semalam berhubung perkara tersebut.

Dalam kenyataan Ronald yang dikeluarkan semalam, beliau mendakwa penglibatan GRS dalam menandatangani perjanjian persefahaman bersama parti gabungan lain Kerajaan Perpaduan adalah tidak sah.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili…

Selain itu, Ronald juga mendakwa BERSATU masih ahli sah dalam GRS berdasarkan perlembagaan gabungan dan Hajiji bukan lagi Pengerusi GRS yang sah kerana telah keluar dari BERSATU.

Justeru itu, Maximus tampil menjelaskan perkara itu telah diputuskan menerusi satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS yang telah diadakan pada 9 Disember lepas.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan mesyuarat terbabit telah memutuskan untuk mengekalkan Hajiji sebagai Pengerusi GRS disamping menggugurkan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS.

Selain itu, Maximus juga menjelaskan pihaknya menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

“Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ataupun partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau,” katanya.