KOTA KINABALU, SABAH – Apa pun alasan atau kenyataan namun tidak di elakkan bahawa perkembangan ini serba sedikit dijangka akan menganggu kestabilan jentera pilihan raya PBS dalam persediaan PRU14 yang dijangka berlansung tidak lama lagi.
Apa lagi bila memikirkan pengaruh Jake dikalangan pemuda PBS yang menyokong beliau selama ini.
Dalam kenyataan ringkas, Jake Nointin memberitahu bahawa beliau dan beberapa ahli seperjuangan dalam PBS membuat ketetapan untuk menamatkan keahlian mereka berpunca dari tindak tanduk pucuk pemimpin parti yang tidak lagi fokus dan hilang hala tuju dalam memerealisasikan matlamat dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Dalam pada masa yang sama, Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyelarkan tindakan Jake Nointin keluar daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) itu tidak menggugat kekuatan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di negeri Sabah.
Ongkli selanjutnya berkata bahawa secara keseluruhan, pengumuman Jake tidak mewakili kesemua Jawatankuasa Bahagian, cawangan serta anggota PBS di kawasan Liawan saperti dilaporkan sebelum ini.
Beliau juga membuat andaian perkembangan hala tuju Jake Nointin selepas PBS adalah sama ada beliau menyertai parti pembangkang seperti Warisan atau pun parti yang lain dalam komponen Barisan Nasional (BN).