PENAMPANG, SABAH – Sebuah lori sampah milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tiba-tiba terbakar di Jalan Shantong sini pagi tadi.
Pegawai Operasi PBK II Benny Lim berkata panggilan kecemasan itu diterima pada pukul 9.38.
“Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan satu (1) aliran salur bantu dari jentera…
“Lori terbabit didapati terbakar 70 peratus. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat,” katanya sambil menambah operasi terkawal pada jam 9.55 pagi dan ditamatkan dua (2) minit selepas itu.