Sesi Minum Pekerja Ladang Segaliud Berakhir Dengan Pembunuhan

Sesi Minum Pekerja Ladang Segaliud Berakhir Dengan Pembunuhan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

SANDAKAN, SABAH – Mayat seorang warga asing yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Segaliud ditemui kira-kira jam 6 pagi pada Khamis.

Lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai maut ditetak oleh rakan kerjanya sendiri apabila sesi minum arak di rumah kongsi pekerja pada malam sebelumnya menjadi ganas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata mangsa mayat ditemui di belakang rumah kongsi oleh pekerja lain.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah dibunuh dengan kesan tetakan di bahagian belakang kepala dan leher.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke rumah kawannya yang bersebelahan untuk bersama minum minuman keras.

“Dipercayai ketika mangsa minum bersama rakan-rakannya, mangsa telah ditetak oleh salah seorang rakannya dengan menggunakan senjata tajam.

“Sejurus kejadian berlaku, suspek yang juga seorang lelaki warga asing melarikan diri dan usaha sedang giat dilaksanakan oleh polis bagi mengesan dan menangkap suspek,” katanya melalui kenyataan media.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.