KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mematahkan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri yang dipercayai khas membantu warganegara Filipina menetap di sini secara haram.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata operasi penyamaran dan risikan selama dua minggu berjaya menahan sembilan saspek utama yang juga merupakan warganegara FIlipina.
Beliau mengatakan dalang berumur 20 hingga 76 tahun itu terdiri daripada ahli keluarga termasuk pasangan suami isteri serta bapa dan anak.
“Modus operandi mereka adalah dengan menerima wang bayaran terlebih dahulu dan dokumen palsu akan dihantar pada keesokan harinya…
“Suspek akan berpindah-randah pusat pemalsuan dan penyerahan dokumen palsu juga dibuat secara pandu lalu bagi mengaburi pihak penguatkuasa,” katanya dalam satu sidang media.
Kumpulan enam lelaki dan tiga wanita tersebut ditahan di beberapa kawasan termasuk Kampung Likas, Kampung Air dan Inanam.
Turut dirampas adalah pelbagai surat rasmi palsu termasuk 90 keping Surat Pengesahan Dokumen Sementara, Surat Pengesahan Unit Penempatan serta Resit Pengenalan Sementara Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM).
“Dua-puluh dua (22) keping MyKad milik individu lain dan beberapa salinan sijil lahir Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah yang dipalsukan serta 13 keping Permit Masuk IMM5 dan Pas Lawatan IMM13 JIM Sabah manakala 140 keping gambar berukuran pasport juga ditemui dalam serbuan…
“Sebuah kenderaan pacuan empat roda serta kereta sedan yang dipercayai digunakan suspek menjalankan aktiviti mereka turut dirampas,” katanya.
Sade memperirncikan harga sekeping dokumen tiruan berharga RM150 dan menceceh sehingga RM500 bergantung pada jenis dan kualiti.
“Kesemua pengedar dan pembeli warganegara asing yang memiliki dokumen palsu akan dibatalkan dan diusir ke negara asal selepas menjalani hukuman,” tambah beliau.