JKR Daerah, Konsesi Terlibat Perlu Pastikan Jalan Raya Selamat Dilalui Pengguna –...

JKR Daerah, Konsesi Terlibat Perlu Pastikan Jalan Raya Selamat Dilalui Pengguna – Shahelmey

0
SHARE
Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah...

PUTATAN, SABAH – Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menegaskan agar semua Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dan juga konsesi terlibat perlu sentiasa memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui oleh pengguna sementara kerja-kerja menaiktaraf jalan sedang dilaksanakan pada masa ini.

Katanya, baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan bersama JKR Sabah dan semua konsesi terlibat untuk mengenal pasti masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan mesyuarat dengan JKR dan juga semua konsesi yang terlibat dan cuba memahami masalah teknikal, sama ada masalah pengurusan ataupun kewangan yang terlibat, sebenarnya masalah teknikal yang dihadapi seperti jalan sudah lebih uzur reka bentuknya.

“Kedua bebanan yang diikenakan kepada jalan melebihi khususnya jalan-jalan daripada Telupid hingga ke Tawau yang mana kiri kanan jalan ada aktiviti perladangan kelapa sawit, ada bebanan lebih muatan ke atas jalan raya yang sudah uzur jadi ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang basah jadi ini sudah tentu mempercepatkan kerosakan struktur dan permukaan jalan.

“Justeru, sementara menanti jalan dinaik taraf ada bahagian jalan yang kita perlu perbaiki strukturnya saya minta semua JKR daerah dan juga konsesi untuk memastikan keadaan jalan selamat dilalui oleh pengguna jalan raya. Jadi mereka mengambil maklum, kita berharap ada perubahan dan peningkatan tahap keselamatan jalan raya daripada masa-masa seterusnya selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Putatan di Masjid Daerah Putatan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut mencadangkan kepada agensi berkaitan agar mengenakan penguatkuasaan tegas ke atas pengguna kenderaan berat yang lebih muatan melalui jalan yang sedang dan telah dinaiktaraf.