Cabul Sepupu Berusia 15 Tahun, Lelaki Direman 3 Hari

Cabul Sepupu Berusia 15 Tahun, Lelaki Direman 3 Hari

0
SHARE
Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas direman berkaitsn kes cabul sepupu. Foto: NSTP

BATU PAHAT: Seorang lelaki disyaki melakukan cabul atau amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, iaitu sepupunya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah pada dua tahun lalu telah ditahan reman selama tiga hari di Mahkamah Majistrert di sini, hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suhaili Shafi’uddin bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Suspek yang berusia 27 tahun dan bekerja di Singapura itu ditahan selepas pulang ke rumah di bandar ini, untuk menyambut Tahun Baharu Cina, Ahad lalu.

Tindakan penahanan suspek itu berlaku selepas mangsa membuat laporan polis dengan mendakwa dia dicabul oleh suspek pada Jun dan Oktober 2022, ketika mangsa tinggal bersama keluarga suspek selepas kematian ibunya.

Dilaporkan, ibu mangsa meninggal dunia ketika mangsa masih berusia enam tahun dengan kejadian berlaku sewaktu mangsa berusia 15 tahun. 

Bagaimanapun, laporan polis hanya dibuat pada Oktober tahun lalu dan pihak polis cuba mengesan suspek susulan laporan yang dibuat mangsa, namun gagal kerana lelaki itu bekerja di Singapura.

Suspek kemudian berjaya ditahan semalam dan direman bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu.