JPJ Sabah Sita Semi-Trailer Langgar Larangan Jalan Sempena Tahun Baru Cina

JPJ Sabah Sita Semi-Trailer Langgar Larangan Jalan Sempena Tahun Baru Cina

0
SHARE

TELIPOK: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah telah menyita sebuah kenderaan barangan jenis Semi Trailer Kargo Am kerana memandu dalam tempoh larangan (road ban) sempena perayaan Tahun Baru Cina pada Sabtu.

Pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa tujuh gelung aluminium dan tindakan sita diambil di bawah Kaedah 2(1), Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengangkutan Barangan) RTR (PDGV).

Kenderaan dibawa ke SPK JPJ Telipok untuk timbang, pemeriksaan dokumen, siasatan dan tindakan lanjut.

Pengarah JPJ Negeri Sabah, Datuk Mohd Harris Ali, berkata JPJ Negeri Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya sepenuhnya oleh pengendali kenderaan barangan.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.