JTPD Ranau Bermesyuarat Bincang Pembangunan Daerah

JTPD Ranau Bermesyuarat Bincang Pembangunan Daerah

0
SHARE

RANAU, SABAH – Satu mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Ranau (JTPD) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah, kelmarin.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan Kedua yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin; Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani; Ketua-ketua jabatan dan para Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM).

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan pembangunan di daerah ini.