KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu hari ini ialah 42 kes iaitu peningkatan 15 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat peningkatan jumlah jangkitan di 10 daerah walaupun dalam jumlah yang amat kecil.
Kota Kinabalu dengan 20 kes baharu bertambah 4 kes berbanding jumlah kelmarin.
“Penampang (+3), Tenom (+4), Lahad Datu (+3), Papar (+1) dan Ranau (+2) juga bertambah sedangkan tiada kes dilaporkan di daerah tersebut kelmarin…
“Secara keseluruhannya, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding 5 daerah yang merekodkan penurunan kes.
“Sebanyak 12 daerah mencatatkan jumlah yang sama seperti semalam. Tidak ada jangkitan baharu di 17 daerah,” kata beliau dalam rumusan harian kes.
Terdapat masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 20 (16)
Penampang 4 (1)
Tenom 4 (0)
Lahad Datu 3 (0)
Papar 3 (2)
Ranau 2 (0)
Tawau 2 (1)
Tuaran 2 (1)
Beluran 1 (0)
Keningau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (2)
Sandakan 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)