KOTA KINABALU, SABAH Jumlah jangkitan baharu hari ini menurun kepada 259 KES iaitu 69 kes lebih rendah daripada semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata penurunan jumlah jangkitan harian pada skala yang agak besar adalah sejajar dengan jumlah sampel ujian yang lebih rendah serta kadar positiviti yang turut sama menurun.
“Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,281 dengan kadar positiviti 11.88 peratus berbanding 2,560 sampel ujian kelmarin dengan kadar positiviti hampir 14 peratus.
“Secara keseluruhan, keadaan bertambah baik dengan 15 daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan hanya 5 daerah yang merekodkan pertambahan.
“Malah 10 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 5 daerah sahaja semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau menjelaskan, agak sukar meramalkan kedudukan seterusnya kerana jumlah jangkitan boleh turun-naik secara mendadak setiap hari dibeberapa daerah khususnya yang padat penduduk.
“Jumlah sampel ujian dan kadar positiviti adalah asas penentu angka jangkitan harian,” tambahnya…
Kota Kinabalu merekodkan jangkitan baharu tiga angka dengan 105 kes (+9), Tuaran 28 kes (+4), Penampang 25 kes (-17), Putatan 22 kes (-14), Tawau 19 kes (-12), Sandakan 17 kes (-21) dan Papar 13 kes (-5).
Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 105 (96)
Tuaran 28 (24)
Penampang 25 (42)
Putatan 22 (36)
Tawau 19 (31)
Sandakan 17 (38)
Papar 13 (18)
Kota Belud 9 (9)
Kuala Penyu 7 (1)
Keningau 3 (3)
Kudat 3 (3)
Beluran 2 (1)
Tenom 2 (5)
Kalabakan 1 (0)
Kota Marudu 1 (3)
Lahad Datu 1 (4)
Ranau 1 (2)
Beaufort 0 (0)
Kinabatangan 0 (3)
Kunak 0 (3)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (3)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (1)
Tongod 0 (0)





