PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 5,709 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 229,762 KES (84.42%).
Namun,KKM tetap melaporkan kes baharu COVID-19 hari ini masih lagi di paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,998 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 272,163 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 41,396 KES.
DARIPADA 2,998 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 2,991 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 231 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 115 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,382 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 436 KES dan NEGERI SEMBILAN sebanyak 233 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 22 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 1,005 KES (0.37%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
