Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Masih Tinggi Walaupun Ada Penyusutan – Masidi

Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Masih Tinggi Walaupun Ada Penyusutan – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster institusi pendidikan baharu diisytiharkan di daerah kes rendah, Tongod, manakala jumlah kes baharu menyusut 364 kes berbanding semalam, menjadikan angka jangkitan baharu berjumlah 4,406 hari ini.

Walau bagaimanapun, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes keseluruhan masih tinggi.

“Beberapa daerah yang selama ini mencatat jumlah jangkitan rendah mula mencatatkan pertambahan kes harian. Hanya 12 daerah menunjukkan penurunan kes hari ini…

“Kota Kinabalu kekal dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,077 kes,” katanya dalam rumusan harian.

Sembilan (9) daerah mencatatkan kes tiga angka manakala 17 yang lain mencatatkan kes dua angka.

Peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi pada 62 peratus atau 2,757 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini.

Masidi berkata, sehingga kini, terdapat 42 kluster yang masih aktif di seluruh Sabah.

“Kluster Kuala Tongod adalah sebuah kluster yang melibatkan pelajar di dalam Asrama SMK Tongod…

“Indeks kes adalah seorang pelajar lelaki, 18 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 8 Feb.

‘Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 67 kes. Jumlah kumulatif Kluster ini ialah 68 kes positif setakat hari ini,” katanya.

Terdapat lapan (8) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3, tiga belas (13) lagi dalam Kategori 4 dan lapan (8) dalam Kategori 5.

“Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 30,614 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin…

“Sejumlah 472 kes daripada kes keseluruhan hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dengan 202 kes membabitkan mereka yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun),” tambah Masidi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 1,077 (1,198)
Penampang – 515 (596)
Papar – 451 (433)
Tuaran – 402 (412)
Tawau – 211 (372)
Keningau – 192 (143)
Beaufort – 182 (127)
Ranau – 154 (76)
Kota Belud – 153 (192)
Sandakan – 151 (118)
Kota Marudu – 88 (121)
Putatan – 88 (298)
Lahad Datu – 85 (103)
Kuala Penyu – 83 (56)
Nabawan – 81 (32)
Sipitang – 77 (71)
Tenom – 72 (68)
Beluran – 59 (36)
Tongod – 53 (45)
Tambunan – 52 (105)
Telupid – 38 (41)
Pitas – 37 (22)
Kunak – 31 (36)
Kudat – 31 (28)
Semporna – 18 (15)
Kinabatangan – 15 (14)
Kalabakan – 10 (12)