PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melakukan semakan dan kajian semula kadar bayaran gaji minimum selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 372), kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Menurutnya, terdapat majikan yang telah mula membayar gaji minimum pada kadar RM1,500 walaupun semakan kasar terhadap gaji minimum ini belum dimuktamadkan dan majikan tersebut adalah AEON Co. (M) dan Westports Holdings.
“Kedua-dua majikan ini telah menunjukkan contoh yang baik di mana mereka prihatin dengan permasalahan pekerja walaupun dengan keadaan ekonomi yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19…
“Atas sikap yang ditunjukkandua majikan itu, saya ingin menyeru kepada majikan lain agar mengambil contoh pendekatan sama dan berusaha menawarkan gaji pekerja pada kadar yang melebihi gaji minimum sedia ada,” katanyanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa ini, kadar gaji minimum di Malaysia adalah sebanyak RM1,200 sebulan di kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran.
Bagi kawasan lain kadar gaji minimum adalah sebanyak RM1,100 yang telah berkuat kuasa sejak 2020.