Sabah Catat Kluster Baharu COVID-19 Melibatkan Pejabat LHDN

Sabah Catat Kluster Baharu COVID-19 Melibatkan Pejabat LHDN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan lagi sebuah kluster baharu melibatkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, kelmarin (Khamis).

Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan bahawa kes indeks itu melibatkan seorang wanita berusia 66 tahun yang bekerja sebagai tukang bersih di tingkat dua bangunan tersebut.

Masidi mengatakan bahawa wanita itu positif ketika menjalani pemeriksaan simptomatik di Klinik Kesihatan Luyang pada 23 April.

“Susulan kes itu, pasukan kawalan mengaktifkan aktiviti pengesanan kontak dan arahan ujian saringan COVID-19 juga telah dikeluarkan…

“Setakat hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 10 kes merangkumi tiga (3) kes di Kota Kinabalu, empat (4) kes di Papar, dua (2) kes di Putatan dan satu (1) kes di Penampang,” dia berkata.

Masidi juga telah menyatakan bahawa Sabah mencatatkan sebanyak 69 kes pada hari Khamis, dengan Sandakan mencatat jumlah kes tertinggi dengan 21 kes, diikuti oleh Kota Kinabalu (16) dan Kalabakan (10).

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 06 Mei 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Daripada 69 kes positif COVID-19, sebanyak 26 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes dari saringan bergejala, 23 kes dari kluster sedia ada serta tujuh (7) kes dari lain-lain kategori…

“Tidak ada kematian COVID-19 baru dicatat pada hari Khamis,” katanya dalam satu kenyataan.