Kabel Elektrik Menyangkut Pada Kenderaan

Kabel Elektrik Menyangkut Pada Kenderaan

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda selamat setelah kabel elektrik hidup menyangkut pada Hilux beliau di Jalan Bukit TV sini semalam.

Kejadian kira-kira 11 malam itu berlaku apabila mangsa melanggar kabel yang terjuntai di jalan raya lalu ianya menyangkut pada bahagian bawah kereta.

“Pasukan Bomba bertindak mengalihkan kabel elektrik setelah Pihak SESB memotong arus elektrik tersebut…

“Tiada mangsa terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 11.52 malam,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.