“Kami Tak Bergaduhlah” – Kumpulan Pelawak ZERO

“Kami Tak Bergaduhlah” – Kumpulan Pelawak ZERO

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kumpulan trio pelawak berasal daripada Sabah iaitu ZERO menafikan wujud konflik di antara mereka selepas mereka tidak lagi bersama dalam pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) kali ini.

Trio pelawak yang juga adik-beradik berasal daripada Kudat itu yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Atu menyatakan sudah tiba masa untuk mereka mencari kelainan selepas beberapa musim bersama dan tidak ada isu kecil hati selepas Atu Zaro keluar daripada kumpulan itu untuk bergabung dengan kumpulan lain.

“Tak mungkin kami bergaduh adik-beradik, kami menerima keputusan Atu dengan hati yang terbuka dan menyokong keterlibatannya di MLM 2021 bersama Achey dan Fad dalam kumpulan Boro…

“Kami pula akan bersama-sama dengan Danial Zaini membentuk kumpulan baru yang kami namakan Tiro, dan percaya gandingan ini mampu memberi saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan lain.

“Kalau ‘bergaduh’ pun nanti di pentas MLM 2021…sebab kami dah jadi pesaing. Pesaing kepada Boro, Puteh. Orix, Otai dan ramai lagi. ‘Bergaduh’ secara sihatlah,” katanya.

Dalam pada itu, Sharif dan Syaiful juga berbesar hati apabila Danial sudi bergandingan dengan mereka.

“Macam tak sangka pun ada, bila Danial terus bersetuju. Lagi pula, Danial merupakan bekas juara Lawak Solo dan ketika bersama kumpulan Heart di Muzikal Lawak Superstar juga mereka Johan…

“Kami percaya bakat luar biasa dimiliki Danial dan akan serasi bersamanya. Kami juga suka dengan idea-idea baru dia,” katanya ketika majlis sidang media MLM 2021 secara virtual pada Khamis baru-baru ini.

Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) akan mula menceriakan para penonton bermula 15 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Dengan tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, sebanyak 11 kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio akan bersaing merebut hadiah lumayan berbentuk wang tunai RM500,000.00.

Pihak Astro turut mengekalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara MLM 2021 pada kali ini.

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM 2021);

1. KUMPULAN BORO : Achey, Atu & Fad

2. KUMPULAN PUTEH : Mamak, Vicha & Ali

3. KUMPULAN 3OTAK : Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel

4. KUMPULAN R&R : Man & Rahim

5. KUMPULAN TOBAT : Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie

6. KUMPULAN OTAI : Azlee, Ieda Moin & Acong

7. KUMPULAN ORIX : Achok, Yassin & Abu Mamu

8. KUMPULAN CAWAN : Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak

9. KUMPULAN TIRO : Sharif (Botak), Syaiful (Melati) & Danial Zaini

10. KUMPULAN BAHYE : Zahid, Nizam Jentik-Jentik & Shashic

11. KUMPULAN TAICI : Chiwan, Tapai & Ilham