KOTA KINABALU, SABAH – Seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap penyakit autisme dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Malawa di Jalan Sepanggar, sini, semalam.
Jayden Gabriel Peter, berumur lima tahun, dikatakan hilang di hutan tersebut sejak pukul 3 petang sebelum ahli keluarganya akhirnya meminta bantuan daripada pasukan penyelamat.
Sepasukan tujuh anggota dari Balai dan Bomba Penyelamat Lintas bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemsan pada jam 6.03 petang itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, menurut saksi, kali terakhir mangsa dilihat dalam keadaan tidak berseluar atau berbaju.
“Operasi pencarian dijalankan bersama pihak Polis dan orang kampung pada kawasan belakang rumah dan sepanjang sungai yang berhampiran…
“Pos Kawalan telah diwujudkan di lokasi,” katanya dalam kenyataan semalam sambil menambah operasi akan dimulakan semula awal pagi hari ini (Sabtu).






