KEAHLIAN UMNO PAPAGOMO DIGANTUNG 6 TAHUN

KEAHLIAN UMNO PAPAGOMO DIGANTUNG 6 TAHUN

0
SHARE
Wan Muhammad Azri Wan Deris (dikenali sebagai Papagomo)...

KUALA LUMPUR – Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’ digantung keahlian selama ENAM (6) tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti.

Papagomo akan digantung keahliannya bermula 27 Ogos lalu yang mana perkara tersebut dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 1 September dan ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yangbersidang pada 27 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa saudara digangtung hak-hak keahlian dalam parti […] selama tempoh enam tahun berkuatkuasa dari 27 Ogos 2021 atau dua penggal pemilihan UMNO,” menurut surat itu.

Menurut Ahmad, MT UMNO telah mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti.

Datuk Seri Ahmad Maslan…

Ini termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti.

Sementara itu, Papagomo dalam satu kenyataan balas memaklumkan bahawa dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam mencadangkan UMNO menjalinkan hubungan kerja dengan BERSATU.

“Saya takkan merayu lah sebab tidak ada apa salah yang saya buat…

“Kalau nak kata saya ajak UMNO untuk menyokong BERSATU  tidak menghormati keputusan PAU, saya berasa kerajaan hari ini pun hasil kerjasama antara UMNO dan BERSATU.

“Jadi saya pun tak tahu dekat mana yang salah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Azri (Papagomo) mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan berharap parti itu akan diselamatkan oleh pihak yang mahu menjadikan UMNO sebagai “tebusan”.

“Apapun tak apalah. Sebenarnya membuka mata ahli Umno, rakyat khususnya orang mudalah…

“Umno ini perlu diselamatkan. UMNO ini tak salah tapi individu yang berada dalam UMNO ini yang jadikan Umno sebagai tebusan. Ini yang perlu diselamatkan

“Saya yakin kebangkitan UMNO terutama orang muda di luar parti ini yang mendesak agar UMNO ini diselamatkan daripada terus dijadikan tebusan.

“Apapun terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi, kita tengoklah ‘whats next’ (apa selepas ini)“ katanya lagi.

Untuk rekod, tindakan gantung ENAM (6) tahun yang dikenakan terhadap Papagomo (Wan Muhammad Azri Wan Deris) tersebut hampir sama dengan tindakan yang dikenakan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz pada Mac lalu.

Tun Faisal Ismail Aziz…