Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kepada 2,329 Kes Baharu COVID-19 Sabah Hari

Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kepada 2,329 Kes Baharu COVID-19 Sabah Hari

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 bagi Khamis menurun 101 kes tetapi masih berada di paras angka 2,000 dengan catatan 2,329 KES baharu positif virus berkenaan hari ini (2 Sept) berbanding jumlah 2,430 kes semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes di daerah yang tertinggi iaitu Kota Kinabalu turun 164 kes.

Satu kluster baru, Kluster Jalan Pahlawan di daerah yang sama dikesan hari ini dengan jumlah 45 kes setakat ini.

“Kenaikan dengan kadar yang agak tinggi dilihat di daerah Keningau (naik 81 kes), Kota Marudu (naik 71), Ranau (naik 29), Putatan (naik 26), Beaufort (naik 24), Kunak (naik 23) dan Sipitang (naik 30)…

“Daripada jumlah kes hari ini sebanyak 1,229 adalah kes lewat daftar di antara dua hingga lima hari selepas keputusan ujian diketahui,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Saringan kalangan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama keseluruhan kes dengan 59.2 peratus (59.2%) atau 1,379 daripada kes.

Masidi berkata seramai 161 pesakit hari ini merupakan warga asing dan terdapat 25 tahanan atau banduan tergolong dalam jumlah kes hari ini.

“Seramai 1,560 orang pesakit adalah dalam Kategori 2 manakala 13 orang dalam Kategori 5,” katanya.

Hampir 41 peratus (41%) penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan vaksin mereka.

Sasaran jumlah purata pemberian vaksin sehari bagi bulan September ialah 60,000 dos dan Sabah berharap memperolehi agihan 2,889,150 dos vaksin bulan ini bagi mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada penduduk di negeri ini.

Dalam pada itu, 18,762 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (31 Ogos) menunjukkan Sabah turun menjadi negeri KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 4,073 kes baharu positif COVID-19, Sarawak (2,992 Kes) dan Kedah (2,455 Kes).

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (02 September 2021) sebanyak 4,073 KES daripada keseluruhan 20,988 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 458 (622)
Sandakan – 281 (260)
Penampang – 181 (183)
Papar – 168 (196)
Tuaran – 149 (132)
Tawau – 127 (190)
Keningau – 115 (34)
Kota Marudu – 106 (35)
Kota Belud – 82 (91)
Lahad Datu – 71 (82)
Ranau – 68 (39)
Pitas – 67 (52)
Putatan – 67 (41)
Kinabatangan – 58 (165)
Kudat – 44 (66)
Beaufort – 43 (19)
Kunak – 42 (19)
Sipitang – 41 (11)
Beluran – 34 (24)
Tenom – 34 (40)
Tongod – 27 (11)
Nabawan – 26 (37)
Semporna – 10 (11)
Kuala Penyu – 9 (13)
Telupid – 8 (23)
Tambunan – 7 (12)
Kalabakan – 6 (22)