Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Semporna

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Semporna

0
SHARE
Pusat gempa bumi lemah tersebut yang berlaku di Daerah Semporna hari ini, 2 September 2021...(Ihsan Jabatan Meterologi Malaysia)

SEMPORNA, SABAH – Gempa bumpi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter mengegar daerah ini kira-kira 1.45 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia menentukan pusat gempa terletak pada koordinat 4.6° U & 118.3° T dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah Semporna dan Kunak…

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya pada laman media sosial Twitter kurang 45 minit selepas kejadian itu.