Dakwaan Tiada Pengunjung Walk-In Ke PPV Putatan Kurang Tepat – Shahelmey

Dakwaan Tiada Pengunjung Walk-In Ke PPV Putatan Kurang Tepat – Shahelmey

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Dakwaan tiada pengunjung ke pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sri Putatan yang dibuka secara ‘walk-in’ kelmarin adalah KURANG TEPAT.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya berkata gambar yang tular di media sosial diambil semasa PPV tersebut baru dibuka pada awal pagi.

Shahelmey memaklumkan gambar yang tular di media sosial Facebook kelmarin adalah gambar yang diambil semasa PPV tersebut baru sahaja dibuka pada awal pagi…

“PPV berkenaan menawarkan vaksin jenis Pfizer sebanyak 1,500 dos dan difamhamkan menjelang akhir hari kelmarin, mereka berjaya memvaksinasi hampir 500 penerima,” jelasnya.

Shahelmey berkata walaupun jumlah pengunjung adalah kecil berbanding anggaran hari tersebut, 94 peratus (94%) penduduk Daerah Pututan telah menerima satu dos vaksin manakala sekitar 74 peratus (74%) telah lengkap menerima suntikan dua dos mereka.

“Kita menjangkakan Putatan sepatutnya mencapai imuniti kelompok pada minggu depan jika vaksin Pfizer atau Sinovac digunakan…

“Tapi dalam tiga minggu sebelum ini vaksin jenis AstraZeneca digunakan di mana tempoh antara dos kedua (lengkap) memakan dua hingga tiga bulan berbanding 3 minggu Pfizer atau Sinovac.

“Walau bagaimanapun, kita sedang mencapai kadar 100 peratus penduduk Putatan divaksin meskipun ada sedikit penagguhan,” katanya.

Negeri Sabah secara keselurun pada 31 Ogos lalu mencatat 59 peratus (59%) penduduk dewasa menerima dos pertama dan 42 peratus (42%) telah menerima dos lengkap.

Beliau terus menggalak penduduk yang belum divaksin untuk tampil mendapatkannya.

“Pihak kerajaan sedang berusaha gigih menangani pandemik ini dengan mendirikan banyak PPV selain mengadakan program jangkauan (outreach)…

“Kerjasama rakyat yang layak untuk menerima vaksin sangat diharapkan bagi mencapai imuniti kelompok menjelang hujung Oktober bulan depan,” tegasnya.