DUA PPV DI PAPAR JALANKAN PEMBERIAN VAKSIN SECARA ‘WALK-IN’ SETIAP HARI

DUA PPV DI PAPAR JALANKAN PEMBERIAN VAKSIN SECARA ‘WALK-IN’ SETIAP HARI

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PAPAR, SABAH – Pejabat Kesihatan Daerah Papar (PKDP) menjemput semua penduduk, warganegara mahupun sebaliknya untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ (tanpa temujanji) di DUA (2) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) utama di daerah ini iaitu di PPV Dewan Masyarakat Papar dan PPV Dewan Masyarakat Bongawan.

Dalam satu hantaran PKDP di halaman Facebook, pihak mereka  menekankan bahawa peluang itu juga terbuka kepada individu yang tidak memiliki sebarang dokumen untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bagi PPV PPV Dewan Masyarakat Papar akan beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

PPV Dewan Masyarakat Papar…

Manakala, PPV Dewan Masyarakat Bongawan akan beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.

PPV Dewan Masyarakat Bongawan…

PKDP turut mempelawa Ketua Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk bersifat proaktif dan menghubungi mereka di laman Facebook jika ingin program jangkauan (outreach) dilaksanakan di kampung masing-masing.

“Pihak kami akan memberi maklumbalas dengan kadar segera,” katanya.