Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur Bakal Temui Peminat 25...

Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur Bakal Temui Peminat 25 Mei Tahun Hadapan

0
SHARE
Boyz
Poster promosi konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Kugiran yang terkenal dengan lagu genre RnB, Boyz II Men bakal tampil dalam konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 25 Mei tahun hadapan.

Konsert yang dijangka diadakan di Megastar Arena anjuran Shiraz Projects itu menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan dengan rangkaian lagu popular RnB, nostalgia dan muzik epik yang tidak dapat dilupakan.

Boyz II Men telah mentakrifkan semula R&B dengan bunyi yang terus merentas generasi.

Mulai “End of the Road” hingga “I’ll Make Love to You” dan “One Sweet Day,” katalog hebat ikonik mereka telah memikat penonton di seluruh dunia, menjadikan mereka kumpulan RnB terlaris sepanjang zaman dengan album terjual melebihi 64 juta unit.

Gabungan keharmonian yang penuh perasaan dan tema berkekalan membuatkan peminat kembali untuk bertemu mata dengan mereka.

Ditambah pula dengan kemunculan album terbaru mereka telah mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa muzik mereka relevan dan digemari hari ini seperti sebelum ini.

Pernah merangkul 4 Anugerah GRAMMY®, 9 Anugerah Muzik Amerika, 9 Anugerah Soul Train, 3 Anugerah Billboard dan Anugerah MOBO 2011 untuk ‘Outstanding Contribution to Music’, kemeriahan penganugerahan Boyz II Men tiada tandingannya.

Mereka juga menerima Hollywood Walk of Fame dan Casino Entertainment Award untuk The Mirage Resort and Casino di Las Vegas, yang dilancarkan pada 2013.