Kedai Watsons di City Mall Terbakar

Kedai Watsons di City Mall Terbakar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kedai Watsons di City Mall mengalami kebakaran pagi tadi, namun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemusnahan struktur bangunan.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.25 pagi melalui MERS999.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan 11 anggota dikerahkan ke lokasi dan tiba pada 9 minit kemudian.

Komander Operasi, PBK II Lawrence Matusin, melaporkan bahawa kebakaran memusnahkan monitor CCTV dan beberapa barangan jualan dalam kedai tersebut.

Bagaimanapun, api berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.01 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 9.29 pagi.

“Pasukan bomba bertindak mengumpul pengatup pintu kedai menggunakan peralatan khas sebelum memadam bara api menggunakan hose reel yang terdapat di bangunan City Mall,” kata jurucakap agensi.