Petugas penyelamat membantu mangsa di Penampang...
KOTA KINABALU, SABAH – Kehidupan seramai 338 orang terjejas, kebanyakannya akibat banjir di Pantai Barat Sabah dan satu kebakaran berasingan di Kudat sejak Ahad.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Pejabat Negeri, Jabatan Pertahanan Awam (APM), melaporkan kebakaran di Kg Tanjung Kapur mengakibatkan 250 individu daripada kira-kira 50 keluarga termasuk kanak-kanak dan warga emas kehilangan tempat tinggal.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 43 rumah kayu dalam keluasan 202 meter persegi musnah dalam kejadian 2.30 pagi Isnin…
Mangsa yang terjejas…
Sementara itu, mangsa banjir di beberapa kawasan di Penampang, Putatan dan Papar semalaman berpindah ke pusat perlindungan sementara (PPS) yang diisytiharkan dibuka secara rasmi pada pukul 9 pagi tadi (Isnin).
Sumber APM berkata sejak Ahad, PPS yang dibuka di Rumah Rehat Kudat, Dewan Kebudayaan dan Sri Keramat Penampang dan Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya di Kimanis, Papar.
Mangsa yang terjejas, petugas penyelamat membantu mangsa di Penampang, Air melepasi paras lutut petugas penyelamat..