Kejayaan Konsert Bunkface Rock In Borneo, Rakam Penghargaan Kepada Pihak Terlibat

Kejayaan Konsert Bunkface Rock In Borneo, Rakam Penghargaan Kepada Pihak Terlibat

0
SHARE
Bunkface
Bunkface bergambar bersama peminat dalam Konsert Bunkface Rock In Borneo ( Sumber Foto: Ihsan Bunkface Production )

KOTA KINABALU, SABAH – Susulan kejayaan konsert Bunkface Rock In Borneo di KDCA pada minggu lalu, Bunkface Production merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang menjayakan konsert terbabit.

“Bunkface Production mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selain itu, Bunkface Production turut menzahirkan penghargaan istimewa kepada rakan strategik dan penaja khusus untuk Era Sabah, Ratu Bayu Holidays, Ming Garden Hotel & Residences.

Bunkface
Sekitar konsert Bunkface Rock In Borneo ( Sumber Foto: Ihsan Bunkface Production )

Dissmping itu, penghargaan turut dirakamkan kepada Batik Air dan Tapau Asia.

Sebanyak lebih 20 buah lagu dipersembahkan dalam Bunkface Rock In Borneo.