KPJ Anjur Kempen Derma Darah Bulan Kemerdekaan

KPJ Anjur Kempen Derma Darah Bulan Kemerdekaan

0
SHARE
Juhar
Mohamad (tiga dari kiri) menyampaikan cek cura kepada Tun Juhar (lima dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Hospital Pakar KPJ akan mengadakan kempen derma darah sempena bulan kemerdekaan.

Pengurus Besarnya, Mohamad Faizal Mohamed berkata, program tersebut diadakan pada 29 Ogos depan di Lobi A, Hospital KPJ untuk membantu unit tabung darah Hospital Queen Elizabeth II mengumpul bekalan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Dalam kunjungan tersebut, Hospital Pakar KPJ menyampaikan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Yayasan Nur Jauhar bagi membantu golongan asnaf di Sabah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Kejururawatan, Muneeswari Velautham, Pengurus Operasi, Alice Rina Kandadi dan Pegawai Perhubungan Awam, Elfayra Rosa Guis. — JABATAN PENERANGAN SABAH