KOTA KINABALU, SABAH – Sepasang suami isteri didakwa di Makhamah Majistreet hari ini kerana membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di rumah mereka di Jalan Lintas, Lido antara 10 hingga 13 Disember lalu.
Tiada sebarang pengakuan diambil dari Ambree Yunus, 40, seorang kontraktor ataupun daripada isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33, seorang jurutera dan juga finalis MasterChef Malaysia 2012.
Pada 13 Disember lalu mereka telah membuat laporan polis mendakwa pembantu rumah mereka telah ditemui meninggal dunia di atas lantai kondominum mereka selepas pulang bercuti dari Kundasang.
Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim sebelum ini berkata, mayat Nur Afiyah didapati cedera di seluruh badan termasuk kesan melecur yang sedang dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (HQE1).
Kedua pasangan itu ditahan sehari selepas laporan itu dibuat dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 21 Disember lalu.
Majistreet Jessica Ombou Kakayun memanjangkan perintah reman ke atas mereka sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada Febuari 2022.
Ambree diwakili Ram Singh mankala Etiqah, Datuk Seri Rakbir Singh. Mereka ditemani tiga anak kecil dan keluarga pada perbicaraan pagi tadi.






