Kepala Mayat Hilang Dicuri Pengikut Ajaran Sesat

Kepala Mayat Hilang Dicuri Pengikut Ajaran Sesat

0
SHARE

CANBERRA, AUSTRALIA – Aktiviti pemujaan dikatakan punca beberapa kepala mayat manusia di sebuah tanah peruburan di Australia hilang.

Menurut laporan The Sun UK, perkara itu terdedah apabila sepucuk surat kepada syaitan ditemui di salah sebuah kubur yang digali.

Difahamkan, selepas aduan dibuat oleh orang awam, Polis bandar raya Melbourne terus bergegas ke Tanah Perkuburan Awam Footscray untuk melakukan siasatan.

Mereka mendapati ia adalah kali kedua kepala mayat telah dicuri dalam tempoh beberapa hari sahaja…

Siasatan lanjut juga mendapati bahawa terdapat beberapa barang yang ditinggalkan di kawasan tersebut termasuk tanda salib, lilin dan nota kepada syaitan.

Hasil daripada penemuan tersebut, pihak berkuasa menyimpulkan bahawa kes kecurian yang tidak masuk akal itu mempunyai kaitan dengan pengikut-pengikut ajaran syaitan.

“Mayat manusia menjadi tumpuan utama pencuri dan itu menjadi fokus siasatan kami,’’ kata Pemangku Inspektor, Ben Jarman.

Menurut polis, kubur ketiga telah digali lewat minggu lalu. Tiada apa-apa yang diambil kerana kubur itu kosong.

Pakar kriminologi tempatan, Xanthe Mallett berkata, dia tidak pernah mendengar kes lain yang serupa di negara tersebut.

“Memang menarik. Beberapa symbol ditinggalkan di sekitar makam ini yang nampaknya bersifat syaitan…

“Saya pernah melihatnya di Britain tetapi tidak pernah melihat sebarang aktiviti pemujaan syaitan di Australia,’’ jelas Dr. Mallett.

Bagaimanapun, langkah keselamatan tambahan diambil oleh pihak berkuasa dengan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di tanah perkuburan itu.