Bayi Perempuan Mati, Ditemukan Dalam Parit

Bayi Perempuan Mati, Ditemukan Dalam Parit

0
SHARE
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam parit di Seri Iskandar pada Ahad

SERI ISKANDAR: Bayi perempuan ditemukan sudah meninggal dunia di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Baharu Seri Iskandar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, ACP Hafezul Helmi Hamza berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.15 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi tanpa identiti itu dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusatnya disyaki sudah dipotong, lapor Harian Metro.

“Mangsa ditemukan tanpa pakaian dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit. 

“Pemeriksaan secara fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan luar.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Changkat Melintang, Bota oleh pakar perubatan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pagi esok untuk mengenalpasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294 untuk membantu siasatan.