KERAJAAN NEGERI MASIH MENELITI ISU JUMLAH PENGUNDI BERDAFTAR SABAH MENINGKAT MENDADAK

KERAJAAN NEGERI MASIH MENELITI ISU JUMLAH PENGUNDI BERDAFTAR SABAH MENINGKAT MENDADAK

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengagihkan Minyak Masak Sayang kepada salah seorang pengusaha gerai di Anjung Selera...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri masih dalam proses meneliti isu berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak di Sabah, kebelakangan ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor susulan dengan itu berkata kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan petugas khas di setiap daerah meneliti perkara terbabit disamping turut mengarahkan jentera parti bagi tujuan sama.

“Kita masih meneliti pengundi yang diragui ini…

“Jadi, kita pun telah mengarahkan jentera parti di kawasan masing-masing untuk meneliti dan melihat sama ada mereka itu datang dari kawasan terbabit.

“Kita sudah buat (tubuh pasukan khas) di daerah masing-masing kerana mereka lebih tahu siapa pengundi itu, macam mana kawasan peti undi, kampung atau daerah mengundi itu.

“Mereka duduk dan tinggal disana berpuluh tahun. Jadi, kita akan terima laporan nanti apabila semua penelitian ini dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pra-Pelancaran Minyak Masak ‘Sayang’ keluaran Kumpulan Sawit Kinabalu bertempat di Anjung Selera Likas, hari ini.