Kerajaan Pusat Perlu Iktiraf JKR Sabah Sebagai Jabatan Teknikal Bertauliah – Bung

Kerajaan Pusat Perlu Iktiraf JKR Sabah Sebagai Jabatan Teknikal Bertauliah – Bung

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Pusat agar mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai jabatan tenikal yang bertauliah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata bagi negara telah merdeka selama 64 tahun, adalah sesuatu yang tidak masuk akal bila JKR Sabah yang mempunyai beribu-ribu jurutera bertauliah serta berpengalaman dalam bidang tenikal tidak mendapat pengiktarafan dari kerajaan Pusat.

“Saya mahu perkara ini dilihat oleh kerajaan Pusat dan Menteri Kerja Raya yang datangnya dari Sarawak. Jangan hanya tumpu di Sarawak…

“Begitu juga Timbalan Menteri dari Sabah yang diharapkan akan memperjuangan perkara ini,“ katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertua Agung di Dewan Rakyat kelmarin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, masalah akan timbul apabila projek yang dikendalikan dan dilaksanakan oleh JKR Pusat bermasalah atau terbengkalai dimana pihak JKR negeri tidak kuasa untuk membuat pemantuan.

“Ini merupakan satu masalah apabila kita tidak diberikan peranan dan pengiktirafan, ada projek Kerajaan Pusat dibawah kendalian JKR tapi kita tidak dapat berbuat apa-apa…rakyat akan marah dan yang menerima kesan adalah Kerajaan Negeri dan rakyat itu sendiri,” jelas Bung.

Sehubungan dengan itu Bung berharap dibawah Konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri, Sabah, akan mendapat perhatian yang lebih dari segi agihan projek pembangunan.

“Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan peruntukan untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo. Sebaik BN tewas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan dan peruntukan dipotong menyebabkan perlaksaan projek lebuh raya Pan Borneo terbengkalai…

“Ini mengakibatkan Sabah berhadapan dengan pelbagai masalah banjir kilat, tanah dan jambatan runtuh kerana sistem jalanraya tidak teratur,” tegasnya.

Bung berkata kerajaan negeri telah pun bersetuju untuk melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo
secara inisiatif pembiayaan swsata (PFI) dan permohonan telah dikemukan kepada kerajaan pusat agar ia dapat diteruskan.

“Kita berharap kerajaan pusat khususnya Kementerian Kewangan akan meluluskan permohonan ini secepat mungkin untuk kita memulakan beberapa pakej yang sudah ditetapkan…

“Rakyat Sabah sudah lama mengimpikan kemudahan sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik dan sempurna,” tambahnya.

Bung menambah semasa kerajaan BN memerintah, pelbagai projek pembangunan telah diluluskan untuk dilaksanakan di negeri ini antaranya pembesaran lapangan terbang Sandakan dan Tawau bagaimanapun setelah kerajaan PH mengambil alih, kerajaan peruntukan tersebut dipotong.

“Inilah masalah politik dendam yang menjadi amalan PH akhirnya yang menjadi mangsa rakyat,” jelas Bung.

Bung berkata adalah menjadi harapan rakyat Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) agar kerajaan Pusat lebih saksama dalam menyalurkan peruntukan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke -12 (RMK-12) untuk kepentingan rakyat Sabah.

“Terdapat jurang besar dalam pembangunan di Sabah berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia, jadi kita (rakyat) Sabah tidak mahu segala pengumuman hanya sekadar retorik tapi ditunai selaras dengan perjanjian MA63,” katanya.