KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan pusat perlu menyediakan peruntukan khas kepada Sabah bagi menyelesaikan kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindkakan segara terutamanya berkait bencana alam.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, mutahkir ini sering kali berlaku bencana alam seperti jalan, cerun dan jambatan runtuh, banjir dan kebakaran yang memerlukan peruntukan segara untuk memperbaikinya.
“Jika berlaku bencana alam yang memerlukan kos tinggi untuk kerja-kerja pembaikan, kita perlu memohon kepada kementerian berkaitan atau kementerian kewangan dimana prosesnya memakan masa…
“Ini menyebabkan kerja-kerja pembaikan lambat dilaksanakan dan yang sudah pasti membebankan rakyat,” katanya ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titih ucapan Yang di-Pertuan Agong di dewan rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mencadangkan agar kerajaan pusat menyediakan dana khas kepada kerajaan negeri untuk membayai kos pembaikan bagi kerja-kerja kecemasan yang tinggi dan tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri.
“Berikanlah dana khas sekitar 200 ke 300 juta setahun untuk membiayai kerja-kerja kecemasan, agar memudahkan kerajaan negeri mempercepatkan tindakan untuk memperbaiki segala kerosakan ekoran masalah bencana alam,” katanya.
Dalam perkara yang sama, Menteri Kerja Raya Sabah itu juga mengulangi hasrat kerajaan negeri agar Sabah diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri baru-baru ini.
“Sabah sudah merdeka melalui Malaysia selama 58 tahun. Namun dari segi pembangunan amat jauh ketinggalan berbanding lain-lain negeri menyebabkan Sabah masih diketegorikan negeri termiskin…
“Ini disebabkan pelarasan program pembangunan yang mendapat peruntukan dari keraajaan pusat masih menggunakan keadah lama dan tidak relevan ketika ini,” katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya kerajaan Pusat wajar menyerahkan peruntukan yang disediakan kepada kerajaan negeri untuk perancangan, perlaksanaan dan pemantauan.
“Kerajaan negeri lebih memahami demografi dan keperluan rakyat, justeru, salurkan peruntukan RMK-12 kepada kerajaan negeri bagi memastikan projek-projek pembangunan dalam RMK-12 dapat dilaksana dengan lancar,” katanya lagi.
Dalam perlaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo ,Bung juga turut menyentuh agar kerajaan pusat menyegerakan kelulusan yang dipohon oleh kerajaan negeri agar projek tersebut dilaksanakan secara pembiayaan swasta (PFI).
“Kita perlu kelulusan segara dari kerajaan pusat agar projek lebuh raya Pan Borneo Fasa I dapat dimulakan segara demi untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat dinegeri selari dengan konsep “Keluarga Malaysia“ dan komitmen kerajaan untuk mentransformasikan kawasan luar bandar khususnya di Sabah,“ katanya.
Tambah Bung, jika projek ini tidak dilaksanakan secara (PFI), agak sukar bagi kerajaan menampung kos pembiayaanya ketika keadaan ekonomi negara sedang terjejas dengan penularan Pandemik COVID-19 .
Dalam ucapan perbahasan tersebut Bung turut menyentuh keadah pengguna MySejahtera yang banyak menimbulkan masalah kepada rakyat terutamanya mereka yang tidak memiliki telefon pintar.
“Rakyat mengeluh apabila mereka memasuki kedai runcit ,pusat membeli balah dan jabatan kerajaan. Mereka tidak dapat menunjukan data MySejahtera kerana tidak memiliki telefon pintar dan hanya menggunakan kad yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak diterima,“ katanya.