Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Mulai Esok (11 Okt)

Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Mulai Esok (11 Okt)

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok (11 Okt).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu yang merupakan khabar gembira buat ‘Keluarga Malaysia’ membolehkan mereka melakukan pergerakan itu tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus (90%)…

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucapa pada sidang media khas hari ini, 10 Okt…

“Bagaimanapun, data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini,” kata beliau pada sidang media khas hari ini.