KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menggalakkan individu atau kumpulan yang hendak pulang ke kampung untuk melakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen termasuk secara kendiri.
Ini selaras dengan keputusan kerajaan memberi kebenaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok (11 Okt).
Perdana Menteri berkata, walaupun ujian saringan itu tidak diwajibkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri, namun ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab seseorang individu untuk memastikan ibu bapa dan keluarga di kampung selamat daripada jangkitan COVID-19.
Beliau berkata demikian pada sidang m tedia khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan dalamalian,