PUTATAN, SABAH – Sebuah kenderaan Peugeot musnah terbakar di Jalan Putatan – Kota Kinabalu berhampiran Bataras Hypermarket di sini tadi.
Walaubagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira 2.30 petang.
“Operasi pemadaman menggunakan satu (1) aliran salur bantu mula dari jentera.

“Operasi terkawal pada jam 2.51 petang dan tamat 15 minit selepas itu,” katanya dalam sebuah kenyataan.





