LAHAD DATU, SABAH – Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 30 buah rumah atas air di Kg Sabah Baru dekat Jalan Nipah sini pagi tadi.
Seramai 30 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Kunak dan Silam dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, anggaran keluasan setiap rumah kira-kira 300×300 kaki persegi.

“Operasi pemadaman menggunakan satu (1) aliran 1000 kaki dan dua (2) pancutan sumber air terbuka iaitu air laut dan parit.
“Mangsa kanak-kanak yang rentung diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya…
“Operasi terkawal pada jam 10.55 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengha hari,” katanya dalam sebuah kenyataan sebentar tadi.
Manakala Ketua Balai BBP Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid apabila dihubungi wartawan berkata mangsa ditemui pada rumah pertama yang dipercayai terbakar.
“Pasukan bomba juga menghadapi kesukaran memasuki kawasan kebakaran disebabkan jambatan yang terlalu sempit dan usang,” katanya.