TUARAN, SABAH – Rakan Alam Sekitar (RAS) memperluaskan peranan dan penglibatan komuniti dalam isu penjagaan alam sekitar.
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Amirul Aripin, inisiatif sejak tahun 2009 itu merupakan salah satu usaha pihaknya dalam memperluaskan keterlibatan komuniti termasuk orang awam, pelajar sekolah dan agensi-agensi bukan kerajaan dalam usaha menjaga alam sekitar.
“Dengan wujudnya RAS, mereka boleh membantu menjadi mata dan telinga memastikan isu-isu alam sekitar dapat diangkat ke perhatian pihak berkuasa dan seterusnya dapat ditangani dengan telus serta efisien.
“Setakat ini, dianggarkan seramai 15,000 ahli RAS berdaftar di Sabah dan kempen sedang giat dijalankan untuk meningkatkan jumlah ahli yang berdaftar di negeri ini,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2022 di sini, pada Rabu.
Hadir sama, wakil Pegawai Daerah, Malim Supri, Pengurus Besar Kanan Aset, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., Mohd Nazlee Rasol dan Pengetua SMK Badin, Zamli Mantamin







