Kes COVID-19 Sabah Melonjak Naik Melepasi Paras 200

Kes COVID-19 Sabah Melonjak Naik Melepasi Paras 200

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kadar positiviti yang meningkat daripada 6.82 peratus kelmarin kepada 9.26 peratus hari ini.

Ianya mengakibatkan jumlah kes harian melonjak naik 68 kes atau 45 peratus daripada jumlah semalam meskipun jumlah sampel ujian hampir sama banyak.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes baharu ialah 219 kes hari ini.

“Jumlah tersebut daripada 2,485 sampel berbanding 151 kes semalam yang diperolehi daripada 2,536 sampel…

“Jumlah daerah dengan jangkitan baharu dua angka bertambah daripada 5 kepada 9 daerah,” katanya dalam rumusan harian kes.

Kota Kinabalu mencatat jangkitan tertinggi dengan 44 kes (+8), Tuaran 27 kes (+8), Sandakan 26 kes (+11), Tawau 21 kes (-3), Papar 18 kes (+12), Kudat 14 kes (+14), Lahad Datu 14 kes (+7), Penampang 11 kes (+1) dan Putatan 10 kes (+10).

Kudat dan Putatan tidak mencatat sebarang jangkitan baharu kelmarin di samping lapan (8) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Terdapat empat (4) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Sept 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 44 (36)
Tuaran 27 (19)
Sandakan 26 (15)
Tawau 21 (24)
Papar 18 (6)
Kudat 14 (0)
Lahad Datu 14 (7)
Penampang 11 (10)
Putatan 10 (0)
Kota Belud 7 (2)
Beluran 5 (6)
Kota Marudu 5 (6)
Ranau 5 (3)
Keningau 4 (4)
Semporna 2 (2)
Sipitang 2 (1)
Tenom 2 (0)
Beaufort 1 (1)
Telupid 1 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (3)
Pitas 0 (1)
Tambunan 0 (3)
Tongod 0 (1)