Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik Hari Ini

Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah kembali naik dengan pertambahan sebanyak 43 kes berbanding semalam.

Ianya menjadikan jumlah keseluruhan baharu sebanyak 168 KES.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manju berkata, banyak daerah mencatat kes baharu dalam jumlah yang kecil.

“Terdapat lapan (8) daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 21 kes, Penampang 18 kes, Kota Belud 17 kes, Putatan 16 kes, Keningau 12 kes, Ranau 11 kes, Tuaran 11 kes dan Sipitang 10 kes…

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan jumlah kes pada kadar satu angka manakala lima (5) daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Katanya berbanding semalam, cuma tiga (3) daerah mencatat jumlah kes dua angka, enam-belas (16) daerah mencatat kes baharu satu angka dan lapan (8) daerah tanpa sebarang kes baharu.

Dalam pada itu, 162 orang pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Tiga (3) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4. Tiada pesakit baharu dalam Kategori 5.

Kes yang melibatkan seorang pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 21 (23)
Penampang – 18 (7)
Kota Belud – 17 (19)
Putatan – 16 (5)
Keningau – 12 (7)
Ranau – 11 (8)
Tuaran – 11 (23)
Sipitang – 10 (7)
Kota Marudu – 9 (5)
Beaufort – 9 (4)
Papar – 7 (2)
Lahad Datu – 5 (3)
Tenom – 4 (0)
Kudat – 4 (3)
Tambunan – 3 (2)
Sandakan – 3 (2)
Kuala Penyu – 2 (2)
Beluran – 2 (1)
Telupid – 1 (0)
Nabawan – 1 (0)
Pitas – 1 (0)
Tawau – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (1)