Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik, Turut Dikesan ‘Kluster Puri Ranau’ Dikalangan...

Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik, Turut Dikesan ‘Kluster Puri Ranau’ Dikalangan Pelajar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tujuh (7) kes positif COVID-19 dikalangan pelajar SMK Ranau mewujudkan ‘Kluster Puri Ranau’ hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster jenis institusi pendidikan itu berpunca dari seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun.

“Beliau dikesan positif setelah menjalani ujian kendiri kerana bergejala. Saringan terhadap rakan sekelas dan sebilik kes telah dijalankan dan enam (6) orang lagi didapati positif…

“Kesemua pelajar perempuan tersebut berada dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasing serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, kes baharu harian Sabah kembali melepasi angka 200 dengan 201 KES baharu hari ini iaitu pertambahan sebanyak 38 kes berbanding semalam.

“Terdapat sembilan (9) daerah mencatatkan kes dua angka dengan Kota Kinabalu (42 kes) dan Tuaran (37 kes) melepasi paras 20 kes…

“Sepuluh daerah merekodkan kes satu angka dan lapan daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” jelas Masidi.

Sebanyak 196 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) dalam Kategori 3 dan seorang dalam Kategori 4 manakala tiada pesakit dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 42 (50)
Tuaran – 37 (6)
Penampang – 18 (34)
Sandakan – 14 (3)
Tawau – 14 (2)
Keningau – 13 (7)
Tambunan – 12 (0)
Ranau – 10 (20)
Kota Marudu – 10 (5)
Beluran – 6 (0)
Tenom – 5 (1)
Kuala Penyu – 4 (0)
Papar – 4 (7)
Sipitang – 3 (2)
Telupid – 2 (0)
Lahad Datu – 2 (1)
Beaufort – 2 (2)
Kalabakan – 2 (1)
Kota Belud – 1 (4)
Semporna – 0 (2)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Putatan – 0 (13)
Kudat – 0 (1)