ANAK YATIM GUNA BAJU SEKOLAH SAIZ DEWASA UNDANG RASA SEDIH

ANAK YATIM GUNA BAJU SEKOLAH SAIZ DEWASA UNDANG RASA SEDIH

0
SHARE
Tangkap layar klip rakaman di Tiktok yang menunjukkan seorang murid sekolah rendah memakai baju bersaiz dewasa.

LEPAI, KEDAH – Warganet meluahkan rasa sebak setelah melihat sebuah klip rakaman seorang pelajar lelaki yang memakai baju sekolah saiz dewasa.

Difahamkan, pelajar sekolah rendah berkenaan yang dikenali sebagai “Jebat” itu baru sahaja kehilangan ibu kesayangan yang meninggal akibat COVID-19 pada bulan November tahun lalu dan kini berada di bawah jagaan datuknya.

Video tular yang dimuatnaik oleh Cikgu Farah di aplikasi TikTok baru-baru ini bukan sahaja mengundang rasa sedih warganet, namun rata-rata ingin memberi sumbangan kepada murid tersebut.

“Cikgu tolong bagi details kat saya. Saya pos semua barang keperluan persekolahan murid ini,” ciap BG Services di ruangan komentar.

Seorang lagi pengguna, Didie Nasir berkata: “Cikgu macam mana saya nak bantu dia, boleh bagi detail? Saya pernah lalui kesusahan macam ni. Saya nak bantu.”

“Cikgu boleh tolong belikan baju dia tak? Lepas tu saya transfer balik kat cikgu boleh? Saya ikhlas nak bantu adik ni,” ciap ixmxmx.

Tidak kurang juga mereka yang berkongsi pengalaman hidup susah selepas kehilangan ibu semasa di bangku sekolah.

“Macam ni lah aku sekolah dulu susah hidup dengan saudara mak ayah tak ada…

Hati mulia cikgu beli barang sekolah tiap-tiap tahun. Sekarang aku cari cikgu tu dah takda,” ciap Fizi lori sewa.

“Jatuh air mata saya tengok. Teringat masa mak saya meninggal waktu saya form 1. Masa tu memang terkapai-kapai dan kena jadi kakak yang matang dari umur,” ciap waniehamdan.

Sementara itu, klip rakaman ini juga sedikit sebanyak menjadi pedoman kepada para ibubapa untuk buat yang terbaik untuk anak-anak mereka selagi mereka masih mempunyai peluang untuk bernafas.

“Terkenang anak sendiri, macam mana kiranya aku tiada boleh ke suami aku urus anak-anak seperti aku urus,” ciap Zairum Siti Anom Yus.

“Jatuh air mata saya sebagai seorang ibu melihatnya. Moga awak membesar menjadi anak soleh yang berhaya dunia akhirat wahai anak,” ciap seorang lagi ibu, WanZuerith.