Bekas Anggota Tentera Terima Lima Suntikan Vaksin

Bekas Anggota Tentera Terima Lima Suntikan Vaksin

0
SHARE
Daniel Spencer, yang menerima lima dos vaksin - SWNS

LONDON, UNITED KINGDOM – Bimbang akan virus COVID-19, seorang bekas anggota tentera sanggup mendaptkan suntukan vaksin COVID-19 sebanyak LIMA (5) kali.

Danile Sencier, 70 yang pernah bekerja di Thailand juga mendakwa dirinya sebagai orang paling banyak divaksin di Britain.

Menurut laporan akhbar Metro UK, Daniel telah menerima dua dos vaksin Sinovac pada tahun lalu, seterusnya beliau juga mendapatkan dua suntikan vaksin Moderna apabila beliau kembali ke Britain. Isnin lalu, beliau telah menerima suntikan dos penggalak Moderna.

Ujarnya, beliau tidak ingin merisikokan kesihatan terutama sekali kerana usianya yang sudah lanjut serta bimbang vaksin yang diambil sebelum ini kurang berkesan.

Mengulas lanjut, ketika beliau masih bekerja di Thailand, beliau sudah mendapatkan dua suntikan vaksin tetapi tidak memaklumkan perkara itu kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

“Pada usia 70 tahun, saya tidak teragak-agak. Sebagai bekas tentera, darah saya sentiasa memerlukan vaksin… 

“Saya tidak merancang untuk menjadi orang paling banyak divaksin di Britain tetapi berasa sangat selamat sekarang,’’ jelas Sencier.

Beliau juga adalah seorang penulis bebas dari bandar Penrith, Briain dan telah menetap di negara Asia selama enam tahun.

Dia menerima dua dos vaksin Sinovac pada 25 Jun dan 8 Julai tahun lalu di Hospital Antarabangsa Phyathai Two di Bangkok.

Bagaimanapun, apabila kembali ke Britain pada Julai 2021, dia mendapati laporan menyebut bahawa vaksin tersebut kurang berkesan tidak seperti yang diharapkan.