Kesihatan Presiden PAS Tunjukkan Perkembangan Positif

Kesihatan Presiden PAS Tunjukkan Perkembangan Positif

0
SHARE

SHAH ALAM – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dalam tahap kesihatan yang baik dan menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan yang dilakukan berjalan lancar.

Memetik kenyataan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata: Presiden PAS itu dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tuan Guru adalah semakin baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

Kami dimaklumkan bahawa Tuan Guru dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi, insya Allah.”

Ahmad Samsuri turut menyatakan harapan mereka di dalam parti kepada media bahawa untuk terus berdoa agar Tuan Guru kekal bertenaga untuk terus mengemudi Parti Islam SeMalaysia (PAS).