Ketahui Jenis Bentuk Badan Mana Bahaya, ‘Epal Atau Pear’

Ketahui Jenis Bentuk Badan Mana Bahaya, ‘Epal Atau Pear’

0
SHARE
Gambar Hiasan (Sumber: PHM)

Menentukan bentuk badan merupakan langkah pertama dalam mempelajari cara berpakaian yang menjadikan tubuh kelihatan lebih baik.

Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis bentuk badan, iaitu epal, pear segi empat tepat, segi tiga terbalik atau jam pasir.

Namun yang utama dan kerap kali dibincangkan terutama dari segi kesihatan adalah bentuk ‘epal dan pear’.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), dalam perkongsiannya berkata, tempat lemak berkumpul dalam badan boleh dibahagikan kepada lemak di bawah kulit dan lemak di organ yang seterusnya menentukan jenis bentuk badan yang dimiliki.

“Lemak di bawah kulit boleh dicubit dan biasanya terletak di punggul, peha dan bawah lengan. Lebihan lemak di bawah kulit ini yang membentuk tubuh seperti buah Pear.

“Manakala, lemak di organ pula biasanya terkumpul di bahagian abdomen. Lemak ini adalah lemak degil yang lebih bahaya berbanding lemak di bawah kulit kerana ia meningkatkan risiko penyakit metabolik, penyakit jantung dan strok,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, PHM menasihatkan untuk kurangkan pengambilan makanan tinggi gula dan tingkatkan pergerakan tubuh untuk membuang lemak degil tersebut.

Bentuk Pear biasanya lemak yang ada di punggung dan peha, banyak berlaku pada badan kalangan wanita sebelum menopause dan lemak di bawah kulit.

Bentuk Epal pula, biasanya lemak di perut, biasa berlaku di kalangan lelaki dan wanita selepas menopause, berisiko tinggi pada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok serta memiliki lemak organ dan lemak bawah kulit.