Ketepikan Agenda Politik Masing-Masing, Fokus Pulihkan COVID-19 Dan Ekonomi – AWAS

Ketepikan Agenda Politik Masing-Masing, Fokus Pulihkan COVID-19 Dan Ekonomi – AWAS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerjasama bipartisan dilakukan dan ianya perlu di sokong oleh semua pihak lebih-lebih lagi disaat negara memerlukan penumpuan terhadap pengurusan krisis COVID-19 ketika ini.

“Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengambil kesempatan ini dan mengenepikan agenda politik masing-masing buat sementara waktu…

“Kebajikan dan keselamatan rakyat harus di utamakan pada masa ini. Dan bukan mengheret rakyat ke arah pergelutan politik,” kata Presiden NGO itu, Puan Winnie Juani.

Menurutnya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa ini sedang berusaha untuk menghadapi krisis pandemik ini dan sebarang ketidakstabilan politik hanya akan membantutkan sebarang usaha ini.

“Fokus kepada mencapai imuniti kelompok, bersama-sama memastikan rakyat yang terjejas sentiasa terjaga dan pulihkan ekonomi pasca COVID-19 perlu menjadi agenda paling penting kita semua masa ini…

“Alangkah baik kiranya parti politik dari semua blok berganding bahu, memberikan input dan mengembeleng segala usaha pada masa ini. Inilah waktunya kita bersatu padu!,” tegasnya.

Oleh itu, Winnie menegaskan cadangan Perdana Menteri untuk berkerjasama bipartisan hendaklah disambut baik bagi menstabilkan dan memulihkan negara.

“Rakyat mahu COVID-19 dipulihkan agar rakyat bebas semula untuk bersama keluarga harmoni dan bukan masalah siapa yang mendapat kuasa dan peperangan politik. Masalah yang lebih besar adalah pemulihan COVID-19 dan pemulihan ekonomi…

“Pemimpin politik perlu sabar menunggu Pilihan Raya Utama (PRU) akan datang, dan harapan rakyat bertandinglah secara sihat pada masa itu,” tambahnya lagi.