Ketua Mafia Itali Akhirnya Ditangkap Selepas 23 Tahun

Ketua Mafia Itali Akhirnya Ditangkap Selepas 23 Tahun

0
SHARE

URUGUAY – Seorang ketua mafia Itali yang diburu pihak berkuasa negara itu sejak 23 tahun lalu akhirnya ditangkap di sebuah hotel Sabtu lalu ketika mencari kediaman baru selepas berpisah dengan isterinya.

Memetik kenyataan Harian Metro, Rocco Morabito (gambar), yang digelar raja kokain Milan dan mengetuai kumpulan jenayah terancang paling digeruni, Ndrangheta, ditangkap di sebuah hotel di pusat bandar Montevideo dalam satu serbuan.

Peguamnya Alenjandro Balbi berkata, anak guamnya menginap di hotel berkenaan sementara mencari rumah baru selepas berpisah dengan isterinya Paula Maria De Oliveira Correia, dan polis berjaya mengesannya selepas mendaftar masuk ke premis itu.

Kini pihak berkuasa Uruguay menyiasat bagaimana dia berjaya bersembunyi di resort mewah Punta del Este selama 13 tahun tanpa dikesan.

Sumber Foto; AFP

Siasatan awal menunjukkan Morabito menggunakan dokumen palsu untuk mendapat kelulusan permit kediaman pada 2004.

Polis sebelum ini menghidu jejaknya selepas Morabito mengadakan parti ulang tahun ke-15 anak perempuannya secara besar-besaran, Februari lalu.

Menurut kementerian dalam negeri, penangkapannya itu sebahagian daripada kod operasi polis dikenali sebagai Calabria yang dimulakan pada Mac lalu.